9. GLOSARI

 

GLOSARI

Instruksi

Proses memudah cara pembelajaran kearah objektif yang telah ditetapkan sama ada melalui guru atau cara lain

Interaktif

Perkara yang berkait dengan komunikasi dua hala atau sesuatu perkara yang bersifat saling bertindak, saling aktif dan saling berhubungan serta mempunyai timbal balik antara satu sama lain.

Kecerdasan

Hal atau keadaan sempurna perkembangan akal budinya, kepintaran, ia juga merujuk kepada kebolehan untuk memperolehi pengetahuan, keupayaan untuk berfikir di dalam situasi yang kompleks dan kebolehupayan untuk menyelesaikan masalah.

Media

Istilah ini bermaksud saluran komunikasi, merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Reiser dan Gagne (1983) mendefinisikannya sebagai sebarang cara fizikal yag membolehkan mesej pengajaran disampaikn.

Pengalaman pembelajaran

Segala gerak balas atau interaksi pelajar dengan persekitarannya.

Paradigma

Suatu pendangan yang digunakan untuk menilai dunia dan persekitaran yang merupakan gambaran atau perspektif umum berupa cara-cara untuk menghubungkaitkan permasalahan dunia yang sangat kompleks.

Perancahan

Suatu bantuan atau bimbingan kepada seseorang bagi menyiapkan tugasan yang tidak dapat diselesaikan tanpa mendapat bantuan daripada orang lain. Menurut Vygotsky (1978), guru dapat merangsang zon ini dengan memberi peluang yang banyak kepada pelajar bergerak balas yang mencakupi kemahiran dan kebolehan yang boleh dilakukan oleh pelajar secara bersendirian serta lain-lain kemahiran yang memerlukan bantuan guru.

Sistem

Satu himpunan komponen kerja yag saling berkaitan dan bekerjasama untuk mendapatkan matlamat himpunan mereka.

Teknologi

Set peralatan dan sumber yang membantu meyelesaikan masalah adaptasi yang dihadapi manusia dalam persekitarannya.

 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan